Wednesday 27 April 2016

Cara Menjadi Seorang Yang Yakin Bahagian 2

Assalamualaikum dan selamat menjaga kesihatan =)

Baca Bahagian 1 disini.

Hampir lupa pula cara nak sambung bahagian 2 cara menjadi orang yang dikenali dengan sifat yakin yang membara. Tapi apa-apa pun haruslah disambung dengan yakin. Kenapa saya harus risau kalau gaya penulisan bahagian 1 dengan 2 sama atau tidak? Kenapa saya harus pikir apa yang harus disambung?

Saya yang tulis bahagian 1 tanpa pengaruh atau pertolongan orang lain. Allah je yang tolong saya. Dan sekarang kenapa harus saya gelabah? Pengalaman saya, gaya penulisan saya, post saya, blog saya. Risau kalau orang lain baca atau tak? Forget about that. Habis kalam pun belum, dah sibuk pikir pasal sesuatu kebarangkalian yang tak mungkin akan ada kemungkinan sedangkan punya kebarangkalian itu berlaku pun belum selesai. So, saya hanya perlu yakin, berhati-hati dalam ejaan dan apa-apa yang releven dan berusaha habiskan post ini.


Macam itu jugalah cara sesetengah manusia berfikir. Belum habis sesuatu, dah mula risau. Belum tentu lagi, dah mula gundah-gulana. "Takutlah nak sidai baju, nampak nak hujan." "Macamana nak sidai, kau masuk mesin nak basuh baju pun belum." - itu je contoh yang terlintas dalam otak setakat ini.

Masa untuk berhenti berfikir macam itu. Macamana? Nah langkah 2:

Langkah 2 : Positif dan fokus.

Berfikir secara positif sangat penting kerana you are what you think. Anda fikir secara positif, maka positifla anda! Asal ada fikiran buruk atau negatif yang terlintas, gunakan tangan kanan untuk tolak fikiran tu keluar kepala. Kenapa kanan? Sebab itu tangan yang bagus.

Kenapa saya letak fokus sebagai langkah 2 dan tidak pisahkan ke langkah 3? Sebab positif dan fokus saling berkerjasama dan saling memerlukan. Kalau positif tapi tak fokus, dah jadi macam dungu kan? Senyum je tapi duduk satu tempat. Orang lalu je, senyum. Tapi tak bergerak mana-mana. Itu hanya gambaran. Tak salah kalau rasa macam nak peruntukkan satu hari untuk duduk setempat dan senyum je kat orang. Sambil-sambil tu bagi sorang satu helai kertas yang ada tulis hadis atau ayat-ayat positif.(Siapa nak buat idea ni bagitahu saya =))

Sewaktu saya menunggu di luar bilik interview, saya tak fokuskan pada apa yang orang fikirkan pasal saya. Saya fokus macamana saya nak mula bercakap dengan sesiapa, mula mencari kawn baru. Saya tak fikir pasal janggalnya kalau dah mula bercakap tapi tak tahu nak cakap pasal apa.


Saya pernah baca sebuah buku dan buku itu berkata pada saya supaya belajar mendengar. Belajar untuk berminat dengan perkara yang orang yang kita dengar tu cakap. Saya gunakan teknik ini,dan terbukti kerana selepas itu, perbualan kami menjadi riuh.(gelak dan berbual dengan kuat, padahal 2 orang je yang berbual tu)

Posotif dan fokus ini bukan hanya dalam satu-satu situasi je. Bila nak interview, jumpa orang baru, bila nak mulakan speech denan orang ramai. Not just in these situations. It's a lifetime thing. Seumur hidup boleh guna. 24 jam, 7 hari ,52 weeks, setiap tahun seumur hidup.

Contoh apa bila melalukan sesuatu tugasan pula, anda fokus satu tugas, tapi tugas tu tak sempurna sebab emosi anda 'mati'. Passion juga merupan suatu emosi yang positif. So sekiranya anda tiada passion dalam tugas atau kerjaya anda, tak best lah kan? Buat pun separuh hati, tak mampu menyuntik semangat kepada rakan kerja untuk berdaya saing, hasil semua hambarrrrr je.

Okay that's all untuk post ini.
Saya harap anda mendapat faedah dari post ini.
Walaupun tak cukup 9 orang yang komen pada post bahagian 1, saya keluarkan juga sebab saya nak post saya sampai ke mana-mana hamba Allah yang membaca, dan masuk dalam jiwa dia, dia tak hanya faham, dia faham secara emosi dan seterusnya memudahkan individu tersebut berubah menjadi lebih baik.

Untuk Bahagian 3, saya akan tunggu sehingga ada 4 share dan 4 komen =)

P.S. Saya : *tengah taip post ini*
       Mama : Nak tutup lampu ke?
       Saya: ........Terang sangat.*tunjuk laptop*
       Mama: .........*tutup lampu*
       Saya : okay,okay,okay, no, tak tutup!
       Mama: *buka balik* Tak deep ke?
       Saya: *pfft*
- akhirnya konklusinya, saya yang tersalah dengar mama saya cakap 'dim'. Dan saya teruskan guna deep sebagai punchline dengan mama saya.

Wasalam,



No comments:

Post a Comment