Tuesday 10 November 2020

Apa yang berbaloi untuk dapatkan duit?

 Ramai yang buntu sekarang ini akibat PKP dan PKPB yang melanda. Ada yang hilang pekerjaan, ada yang terpaksa kuarantin dan ada juga yang berniaga tetapi diarahkan tutup kedai.

 Saya fahami apa yang anda lalui. Saya pelajar di sebuah universiti swasta tempatan dan ibu bapa saya sudah tidak bekerja beberapa bulan sebelum PKP yang pertama diumumkan.

Kini, saya jadikan situasi ini sebagai satu pemacu untuk saya mula bina rentak mencari duit dan menguruskan kewangan saya. Dulu ibu saya cuba untuk bagi saya nampak peluang yang ada di dunia internet marketing Malaysia, saya tak nampak. 

Walau apa sekalipun saya tak faham. (Huhu tak faham apa, pun saya tak tahu). Tapi sekarang minda saya lebih terbuka dan boleh menerima. Jadi tiba masa saya untuk bagi anda terbuka juga.


Sekarang bukan masa untuk berfikir, untuk tunggu dan lihat.

Sekarang, research dan terus buat. Research dan terus buat.

Jika dulu tunggu, bapa saya boleh beri duit.

Sekarang ni kalau saya tunggu, esok lusa akan ada empat orang akan berlapar tak berlagu.


Jadi kalau anda dalam situasi yang sama, mari saya kongsikan apa shortcut yang anda boleh buat.

1. Kerja fizikal/service : Kerja fizikal ini seperti service atau kerja yang orang lain akan terfikir berulang kali nak buat ke tidak. Nak potong rumput ke, nak jadi cleaner ke, nak jadi delivery guy sekalipun, sekarang ini sebenarnya kerja yang tak perlu kelayakan tinggi atau pelajaran tinggi. 

Saya sebenarnya tidak sesuai buat kerja fizikal sebab time PKP duk rumah, langsung tak menggerakkan otot, jadi bila buat kerja fizikal terus semput. tapi saya sarankan untuk mereka yang nak duit lebih untuk survive. Ini sebagai first step untuk kumpul duit dan susun langkah seterusnya. 

Ada juga yang part time, jadi kalau anda kuat dan mampu kerah tenaga, anda patut ambil sahaja pekerjaan seperti ini.

2. Telemarketing/customer service : Sebenarnya ramai tak faham kenapa kerja ni ramai orang tak suka dan ramai orang tak layak. Sebenarnya pekerjaan ini , kalau anda pandai cari, akan dapat yang low qualifications dan high earning. Banyak stigma sebab kerja ni high stress dan low earning, walhal, ini hanya benar buat sesetengah tempat.

Kerja ini akan beribu kali lebih mudah sekiranya anda tahu Mandarin atau bahasa Cina yang lain, tapi kerja ini kerja yang "Susah-susah dahulu, senang-senang kemudian"  Bila dah faham cara dan teknik, anda boleh untung besar di masa hadapan, walaupun tak faham Mandarin.

Kelebihan lain : Work from home/ remote working , Komisyen tinggi , Bayaran basic tinggi , environment stress tetapi pekerja dan boss yang mantop.

3. Freelancing/ service online : Kerja ini sesuai buat mereka yang mempunyai kepakaran atau kemahiran yang tinggi.  Anda boleh cari idea servis apa yang paling dicari atau high demand di Fiverr atau Upwork. Kadang-kadang cari di google je pun boleh cari siapa post cari freelancer.

4. Affiliate marketing :  Affiliate ini lebih simple kerana kita menjual produk orang dengan cara lebih mudah sebab kebanyakkan affiliate ialah kita share link sahaja dan produk ada juga produk digital sahaja. Affiliate marketing kini telah lebih banyak cabang dan teknik.

Anda boleh jadi influencer dan share link barang kecantikan.

Anda boleh jadi sesorang yang pakar dalam buat bisnes, dan share link produk berkaitan.

Anda boleh jadi blogger yang seringkali share ilmu melalui newsletter di emel dan update link affiliate untuk panduan dan tips terbaru.

Saya sekarang ini sedang mencari mereka yang mahu belajar cara kreatif dan diverse untuk lakukan affiliate dibawah Affiliate Cili Padi. Info lanjut disini.

5. Online business : SOCIAL MEDIA. dan website. tapi lebihkan social media. itu sahaja. Kendalikan bisnes anda disana, urusan jual beli, cari pelanggan, buat promosi, semua disitu.



LIke dan share post ini untuk saya share lagi lubuk-lubuk atau cara lubuk-lubuk ini tangkap pembeli. =)

Thursday 29 September 2016

Istiqamah

Assalamualaikum semua!

HA dah lama kita tak bersua muka ni.
Apa jua pun asbab yang saya ada, tetap tak mengubah fakta yang saya dah lama tak jumpa anda semua.

Jadi apakah menu perbualan saya harini?
Sebenarnya secara amnya susah nak jadi blogger tegar.
Selain daripada menguruskan berbillion blog dan website lain, saya sepatutnya juga menjaga kesosialan mereka di laman sosial setiap hari.

Istiqamah dalam tugas blogging ni aish, memang cabaran.
Belum tentu dalam hidup kita boleh istiqamah buat rutin harian.
Sebagai manusia, kita memang boleh buat jadual.
Akur ke kita dengan jadual tu?

So kita kene terususahakan istiqamah walau dah banyak kali gagal.
Perjuangan saya disini ialah untuk terus berada disini.

Pendeknya post saya kali ni.
Next post, pasal meowww!;)
See you there.

Thursday 16 June 2016

Iftar PUIM 2016

Assalamualaikum!

Okay saya nak mintak maaf dulu sebab asyik tak aktif je. T.T Maaf Zahir dan Batin!~ Hehe belum raya lagi tapi apa salahnya kan?

Saya sebenarnya sangat sibuk. Peruntukkan masa saya tak boleh nak selitkan blog sebab saya nak tulis blog post saya di blog ini dan KopiMiloAis.com dalam keadaan riang, relax dan paling penting saya nak post-post saya berkualiti. Yelah, apa function korang tunggu saya update post lama-lama tapi saya tak boleh nak deliver?

Sekarang, saya tak nak cerita pasal apa yang saya buat sampai sibuk, tapi yang satu ini sangat wajib saya cakap. Sebab ini sesuatu perkara yang baik dan mana tahu akan membantu anda sekarang atau pada masa akan datang. Saya kan sayang semua pembaca blog saya. Korang je tak sayang saya.

PUIM ialah sebuah badan persatuan yang menjadi wakil suara bagi usahawan-usahawan online kepada kerajaan, media, dan lain-lain. Dah nama pun Persatuan Usahawan Internet Malaysia kan?
Bila ditubuhkan dan cerita disebalik penubuhan boleh hangpa gi check website diorang.

Saya join pada tahun a few years ago. HAHA. Jap saya check e-mail jap. Jap naa.. haa, 2013 saya join subscription emel depa. Tiga tahun? Hmmm sekejap jee tu. Tapi dalam PUIM macam-macam perubahan boleh berlaku dalam tempoh yang singkat tu. Saya salute ahli-ahli tinggi dan rendah sebab sangat proaktif dan memang macam F1 lajunya. Pengerusi PUIM, En. Gero Azrul pernah cakap, dalam bisnes memang banyak perubahan yang akan berlaku dengan cepat, kita sebagai orang bisnes (diorang la) kene cepat raihkan peluang tu.*Semua bukan kata-kata asal, saya tambah ikut pemahaman*


PUIM ni sangatlah baik. Memang rajin menyedekahkan ilmu yang mahai-mahai. Sangat bernilai ilmu tu kalau anda sedar nilai ilmu itu yang sebenar. Moga-moga perkongsian dan bantuan mereka tidak sia-sia dan dimanfaatkan sehabis baik.

DAH. Panjang betul mukadimahnya. Ceritanya kenapa ada PUIM ni sebab PUIM haritu buat Iftar PUIM 2016. Saya selaku seorang yang nak menyokong PUIM dan nak jumpa kawan-kawan baru, saya pun pi sana. Buat kawan sangat naaa, datang-datang, buat-buat malu. Nasib baik ada jugak kenal Kak Sue dengan En.Fahmy.

Banyak perkongsan ilmu dan yang paling best free gift HEHE. Dapat baju LikeMethod. En. Fahmy pulak dapat makanan yang saya tak nak sebut kat sini takut ada yang terliuq. Jealous I. Moga-moga saya dipertemukan jodoh yang lebih baik daripada kambing bakar golek barbeque perghhh sedap betul lembut dan menyelerakan tu.

So dah ending disini, saya nak belanja gambar selfie saya naaa. =) Abaikan muka yang macam hmmmmmmmm sebab penat tu ye.

Dengan Zyan
Dengan Raja Kamil

Dengan Faisal Badry

Yang saya dengan dua orang di kiri dan kanan saya ialah Ammar Zahar dan Aqif Azizan.
Yang group pula saya, En. Fahmy dibelakang saya, Kak Sue dan team member Kak Sue.
Then last sekali, saya dan Khairi LikeMethod.

Jangan perli skil edit saya dan pesanan terakhir saya dipost kali ini ialah kalau anda sayang saya, please Share Comment and hangpa sabar tunggu next post ye =)

Wasalam,
Cawan KMA

Monday 30 May 2016

Dah berakhir sudah bulan Mei

Assalamualaikum korang!

Maaf sebab dah lama tak update blog. Dahla blog ni tak banyak post, baca semua satu hari sempat habis kan? Sebenarnya bulan Mei inilah bulan yang paling busy, paling banyak emosi disimpann dan dikeluarkan dan banyak tenaga digunakan. Bukan saya je. Siapa yang ditakdirkan jadi family saya pun termasuk juga.

Apa yang terjadi? Saya nak cerita lah ni.

Ingat tak dulu saya ada post yang saya nak masuk asasi TESL? Ditakdirkan bahawa saya tak diterima untuk masuk course tu. Sebab apa? Hanya Allah yang tahu. Mulanya saya rasa macam saya memang perlu masuk course itu sebab pada pandangan orang, saya terer english. Saya tak mengaku saya terer.

Hanya disebabkan mak saya hantar saya belajar bahasa itu sejak awal peringkat kanak-kanak, saya dikurniakan satu 'instinct' untuk tahu ayat english itu betul ke salah. Itu bagi saya merupakan kelebihan yang kalau dikembangkan, saya nak menjadi seorang yang boleh tunjukkan keindahan bahasa itu yang tidak dikotori oleh perkataan 'cuss words' yang pihak-pihak tertentu rasakan perlu diamalkan oleh generasi muda.

Anyways, semua orang ada kelebihan tersendiri. Itu kelebihan saya. Ada juga yang seumur atau lebih muda daripada saya yang mahir bahasa Cina, yang mahir main Cube dan permainan yang mencabar kemahiran otak, ada yang boleh mengatur masa dengan begitu teliti, ada yang mahir mengawal emosi.

Perkara kecil-kecil juga kelebihan pada diri kita. Be proud, but not arrogant =)

So, kene reject oleh Uitm bagi saya mengajar saya beberapa perkara, jangan terlebih konfiden sebaba yang menentukannya ialah Allah, Sekiranya peluang yang kita nak tak dapat, ambil peluang yang sudah depan mata. Dan yang akhir sekali, perkara ini membuatkan saya lebih matang.(Yelah, since umur menjadi angka 18 nikan ;))

Lepastu dalam bulan Mei ini, saya juga celebrate Hari lahir saya dengan family. in the end, kek tu mesti 1/4 makan time celebrate, 3/4 bagi kat classmate, 1/4 jadikan daily dessert sementara stok masih ada Hahaha.

Oh, kalau korang tertanya-tanya, kalau saya tak dapat TESL, then macamana boleh ada classmate.
Ceritanya, check form 6, dapat. Masuk form 6 dulu sebab yelah 'tak membazir masa dirumah', tunggu TESL. tuptup TESL pun tak nak dengan saya. Nak buat rayuan, memang tak ada rayuan untuk TESL. So apakan daya. Parents tanya still nak buat rayuan ke? hmmmm, nak pikir, nak pikir, sampailah ke harini tak decide. padahal semalam last rayuan. hahaha

And then, kawan form5 haritu baru tahu dia dapat form 6, so sekarang maybe saya stay disini saja. Insya Allah ada rezeki dimana-mana.

Dan berakhir sudah bulan ini, saya nak ucapkan selamat berpuasa pada bulan hadapan dan dipermudahkan rezeki untuk sesiapa sahaja yang membaca post-post diblog saya dan yang menyokong blog saya.

Terima kasih !

Thursday 28 April 2016

Tips untuk muka yang lebih segar

Assalamualaikum semua pembaca yang cantik dan kacak ;)

picture courtesy of Google
Post kali ini merupakan post yang berkaitan dengan kulit wajah. Kadang-kadang kita cuba nak cantikan muka kita tapi tak tak tahu apa yang perlu dilakukan, produk apa yang perlu dibeli, apa sebenarnya jenis kulit muka kita?

Cadangan saya ialah untuk cuba kenal pasti apa masalah pada muka anda dan search penyelesaian masalah itu di Google. Saya tahu, semua orang tahu, tapi kadang-kadang kita lupa atau tak terfikir. Cari artikel yang ada review atau feedback penulis yang pernah cuba, tengok apa hasil daripada yang pernah lakukan.

Selain itu, cuba anda lihat tips dibawah. Saya akan mula lakukan yang mana saya boleh lakukan mulai esok selama 4 hari. Nantikan follow-up post =)

Wednesday 27 April 2016

Cara Menjadi Seorang Yang Yakin Bahagian 2

Assalamualaikum dan selamat menjaga kesihatan =)

Baca Bahagian 1 disini.

Hampir lupa pula cara nak sambung bahagian 2 cara menjadi orang yang dikenali dengan sifat yakin yang membara. Tapi apa-apa pun haruslah disambung dengan yakin. Kenapa saya harus risau kalau gaya penulisan bahagian 1 dengan 2 sama atau tidak? Kenapa saya harus pikir apa yang harus disambung?

Saya yang tulis bahagian 1 tanpa pengaruh atau pertolongan orang lain. Allah je yang tolong saya. Dan sekarang kenapa harus saya gelabah? Pengalaman saya, gaya penulisan saya, post saya, blog saya. Risau kalau orang lain baca atau tak? Forget about that. Habis kalam pun belum, dah sibuk pikir pasal sesuatu kebarangkalian yang tak mungkin akan ada kemungkinan sedangkan punya kebarangkalian itu berlaku pun belum selesai. So, saya hanya perlu yakin, berhati-hati dalam ejaan dan apa-apa yang releven dan berusaha habiskan post ini.

Tuesday 26 April 2016

Saya boleh tolong anda yakin dengan Bahasa Ingeris

Assalamualaikum semua!~

Hari tu semasa saya hadiri sesi interview untuk TESL, saya nampak yang ramai yang hadiri temuduga itu pun tak yakin dengan penggunaan bahasa ingeris mereka.

Sekiranya anda seorang yang

  • Sukar berbahas dalam Bahasa Ingeris
  • Tak yakin untuk bercakap dalam Bahasa Ingeris
  • Tergagap-gagap sebab nak fikir perkataan yang hendak dikatakan
  • Tak yakin untuk bercakap secara amnya
Anda sesuai untuk program yang saya anjurkan ini!

Lihat video dibawah untuk tahu apa yang saya boleh bantu anda. (dalam video saya kata 'child' tetapi sebenarnya saya lebih kepada remaja anggaran berumur 10 hingga 15 tahun)





Bagaimana sesi latihan akan berlangsung?
Sesi latihan akan dijalankan menerusi Google Hangouts dan anda hanya memerlukan ear phone atau microphone(supaya suara jelas).

Masa latihan dijalankan dan harga pula boleh dibincang.dengan saya menerusi email bloggergiler@gmail.com ataupun email yang tertera dalam video diatas.

Kongsikan kepada rakan-rakan anda di laman social supaya mereka dapat selesaikan masalah ini sekiranya ada.

Wasalam.



Giveaway berakhir pada harijadi saya! T.T

Assalamualaikum semua!~
Hari ini saya terjumpa satu Giveaway.
Kalau based on highest referrals memang saya tak ada peluanglah jawabnya.
Tapi orang-orang ni dah bertungkus-lumus untuk organise Giveaway bulan April-May ini.
So saya nak support diorang =)
Dahla 24 May hari jadi saya, haha.
Korang nak join, klik je gambo bawah tu.


Bismillahirahmanirahim..

http://rennyenqop.blogspot.my/2016/04/giveaway-mei-by-ann.html

Klik banner untuk menyertai


Senarai Sponsor: